Monday, March 19, 2012

Ahli-ahli Veteran MCA Bergerak Semula Membantu Merampas Semula Kerusi Yang kalah.





Lebih 800 ahli veteran MCA Serdang akan bergerak semula untuk membantu jentera pilihanraya Barisan Nasional untuk merampas semula kerusi Parlimen Serdang dan kerusi DUN Seri Kembangan, Balakong, Bangi pada PRU Ke-13.

Sambutan hangat dan reaksi sokongan dari ahli-ahli veteran MCA akan menyuntik semangat perjuangan untuk memperkukuhkan jentera Barisan Nasional semasa dijemput hadir majlis mesra anjuran MCA Seri Kembangan di sebuah restoran di Seri Kembangan yang dirasmikan oleh Dato’ Donald Lim Siang Chai, Pengerusi MCA Selangor merangkap Timbalan Menteri Kewangan.

Dato’ Yap Pian Hon, Pengarah Pilihanraya Kawasan Parlimen Serdang BN merangkap Ketua Penerangan BN Selangor, Raymond Chin Toong Kang, Ketua Pusat Perkhidmatan MCA Seri Kembangan, Dato’ Dr Lai Kwong Choy, Naib Pengerusi MCA Bahagian Serdang turut hadir sama.



Dato’ Yap berkata, ahli-ahli veteran MCA Serdang ini pernah aktif dalam politik pada tahun 80-an dan 90-an dengan penuh pengalaman dan berpengaruh bagi membantu BN mencapai kemenangan kerusi Parlimen dan DUN pada ketika itu.

Dato’ Yap menyambut baik reaksi veteran MCA yang merupakan rakan seperjuangan dulu yang sedia berganding bahu semula untuk meninggikan semangat perjuangan dengan tujuan untuk menewaskan DAP dalam PRU Ke-13 ini.

Beliau berkata, akar umbi MCA Serdang sering turun padang mendekati masyarakat bagi membantu MCA / BN dalam menangkis segala tomahan yang disebarkan oleh parti pembangkang khasnya DAP supaya rakyat tidak mudah akan terpedaya dan kini terdapat sokongan ahli-ahli veteran MCA akan dpat membantu BN menghadapi PRU Ke-13.



12.03.2012

No comments:

Post a Comment